Inspire your life

My View at my own blog :-)

Archive for ...

Filed under review on refererX

Apakah itu refererX? mungkin ia merupakan satu nama yang asing atau baru kepada anda. Jangan Risau, ia bukanlah sesuatu yang XXX yang anda fikirkan. Ia adalah satu program atau perisian yang dicipta oleh saudara Azlan yang ada kaitan dengan traffic dari internet. Saudara Azlan telah membangunkan perisian ini dengan tujuan untuk menarik traffic atau pengunjung ke site yang disasarkan. Justeru Review on refererX ini dibuat adalah untuk mengenalpasti adakah software atau perisian ini betul-betul berkesan.

Saya telah mendaftar diri dalam peraduan yang dianjurkan oleh saudara Azlan mengenai “review on refererX” dengan harapan untuk mengenalpasti sejauh manakah keberkesanan perisian tersebut. Setelah saya melihat peraturan pertandingan, akhirnya saya membuat keputusan untuk menyertainya pada 12/2/2009 iaitu 3 hari sebelum tamat cabaran.

Tujuan utama saya menyertai cabaran ini adalah untuk melihat bagaimana traffic dari perisian tersebut memasuki blog ujikaji saya. Salah satu peraturan dalam pertandingan ini adalah saudara Azlan akan menghantar traffic yang didapati dari refererX secara percuma di blog pertandingan.

Saya telah melihat perkembangan blog ujikaji saya secara mendalam dan saya dapati perisian saudara Azlan memang berkesan untuk membawa traffic. Maksudnya sekiranya anda membeli perisian tersebut, perisian tersebut mempunyai fungsi yang akan meninggalkan jejak di site yang dilawati. Kesannya, pemilik sesuati site akan melihat jejak ini dan akan mengikuti balik dari mana datangnya jejak tersebut. Maka disitulah traffic yang akan didapati dari program atau perisiain ini.

Secara kesimpulannya, software ini adalah sangat sesuai digunakan oleh Internet Marketer untuk menjana pendapatan secara online

Comments (2) Posted by admin on Saturday, February 14th, 2009