Sekali lagi tahun ini saya menganjurkan pertandingan SEO bagi memeriahkan aktiviti dan mengisi masa luang yang berfaedah kepada forumer-forumer di wangcyber.com. Kali ini keyword yang akan digunakan adalah Online bachelor degree. Saya juga turut serta dalam pertandingan ini dan mengambil kesempatan dalam cabaran tersebut untuk mengkaji beberapa teknik baru dalam SEO yang boleh di applikasikan dalam cabaran kali ini.
Belajar SEO adalah sesuatu proses yang berterusan. Justeru saya sendiri sentiasa meluangkan sedikit masa saya setiap hari untuk mempelajari dan memahami teknik-teknik seo yang boleh digunakan. Ini kerana search engine akan sentiasa menukar algorithm sistem mereka. Justeru pattern results bagi setiap carian akan berbeza seiring dengan perubahan algorithm ini.
Kebiasaannya saya akan memilih nama domain yang sama atau hampir sama dengan keyword yang dipertandingkan dalam Online bachelor degree. Walaubagaimanapun saya memilih domain http://universityofyezaa.com sebagai nama domain dalam cabaran kali ini. Ini kerana saya hendak mengkaji kekuatan nama domain yang lain daripada keyword yang dipertandingkan.
Disamping itu, nama university of yezaa mungkin boleh digunakan sebagai brand kerana kebanyakkan searcher mungkin melihat nama domain tersebut sebagai nama university yang menawarkan online degree. Sekaligus ia dapat meningkatkan jumlah visitors.
Ok. Itu sahaja untuk hari ini..















