Busby SEO TEST
Kebelakangan ini ramai yang menganjurkan pertandingan SEO iaitu satu pertandingan untuk mendapat tempat yang terbaik di google.com. Seringkali Google akan digunakan untuk menentukan siapakah yang akan menjadi pemenang. Kenapa Google? Google sememangnya di akui menguasai majoriti penguna di internet yang datangnya dari search engine. Malah bila orang membicarakan search engine, orang akan merujuk kepada Google. Apakah pertandingan yang paling top pada masa kini? Salah satu darinya adalah cabaran SEO antarabangsa iaitu Busby SEO TEST yang di anjurkan oleh Busby web solution.
Pertandingan ini merupakan edisi ke 2 di anjurkan oleh Busby Web solution dan akan berakhir pada 31 Januari 2009. Kata kunci yang akan digunakan adalah Busby SEO TEST dan mana-mana website/blog yang menduduki tempat yang paling tinggi akan dikira sebagai pemenang
Bagaimana mengenalpasti keyword yang menguntungkan
Mengenalpasti niche atau keyword dalam perniagaan di internet adalah sesuatu yang amat penting. Sekiranya kita tidak mengambil kira faktor niche/keyword, semua usaha yang dibuat akan menjadi sia-sia kerana kita gagal menghasilkan sesuatu yang menguntungkan. Apabila kita berkecimpung di dalam internet, ia bermaksud duit, dan tanpa duit, maka kita gagal di dalam menjana pendapatan di internet. Salah satu faktor kesilapan tersebut adalah di sebabkan kita gagal mengenalpasti apakah keyword yang hendak digunakan. Terdapat pelbagai bentuk marketing yang kita boleh gunakan di internet untuk membawa traffik dan salah satu darinya adalah melalui organic search seperti dari Google, yahoo, msn dan sebagainya.
Kekuatan traffik dari Search Engine ini memang di akui berkualiti disamping ia adalah percuma. Modal yang diperlukan untuk mendapat kedudukan yang terbaik di Search engine hanyalah faktor kerajinan kita untuk menjalankan optimization. Di dalam Search engine, penentuan keyword adalah faktor yang SANGAT penting kerana sekiranya kita memilih keyword yang tidak tepat, segala usaha SEO akan menjadi sia-sia. Justeru hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana mencari keyword yang bertepatan dengan perniagaan anda agar ianya menguntungkan anda. Sekali lagi saya ingin ingatkan bahawa, kedudukan yang terbaik di Search Engine tidak bermakna anda akan mendapat banyak duit, sekiranya kita gagal membuat convertion ke atas traffic dari Search Engine.
Untuk tujuan mencari keyword yang bersesuaian, saya hanya mengunakan tool yang percuma iaitu Google Keyword tool
. berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan.
1. Kenalpasti pasaran anda.
Dalam menentukan keyword, pastikan kita mengetahui di mana pasaran kita, sama ada di dalam negara atau pun di luar negara. Ini penting kerana keyword yang hendak di gunakan nanti akan mempengaruhi kedudukan website/blog anda di search engine. Penentuan pasaran ini penting agar anda boleh merangka website/blog anda. Ini melibatkan faktor seperti bahasa dan geographic location. Sekiranya anda mensasarkan pasaran luar negara, maka sudah tentu anda perlu mengunakan bahasa English (untuk pasaran english spoken group), bahasa arab, bahasa cina dan seterusnya. Setelah anda mengenal pasti pasaran , anda sudah mempunyai fokus dan idea arah tuju website/blog anda. Sebagai contoh, kita mengunakan niche mengenai ‘website design’ . memandangkan kita mengunakan keyword website design, maka sudah semestinya kita akan mengunakan bahasa English di dalam website/blog.
2. Kenalpasti pesaingan
Setelah anda mengenalpasti pasaran yang hendak di sasarkan, langkah ke 2 adalah dengan mengenalpasti persaingan. Dengan mengunakan Google keyword tool kita boleh mendapat anggaran jumlah carian di Google berdasarkan keyword tertentu.
berikut adalah persaingan yang wujud bagi website design

Berdasarkan gambarajah di atas di dapati bahawa lebih kurang 9 ribu carian telah dibuat di google. Persoalan nya sekarang, adakah jumlah tersebut adalah jumlah carian yang dibuat? Yup betul itu adalah anggaran jumlah carian yang merangkumi semua jenis user. Pada pendapat saya, jumlah ini bukanlah jumlah yang berkualiti kerana keyword ini mungkin telah digunakan oleh orang seperti.
A. Website designer
Golongan ini mungkin hendak melihat kedudukan website mereka di google.
B. SEO services
Golongan ini mungkin memoptimasikan keyword untuk client mereka justeru adalah perlu bagi mereka monitor perkembangan website/blog tersebut.
C. Penguna
Golongan yang betul2 mencari website design.
Daripada golongan A, B, dan C ini, peluang untuk kita “menangkap” golongan C adalah terlalu sukar kerana kita tidak fokus dengan keyword yang hendak digunakan. Justeru sekiranya website kita berada di top 10 sekalipun, kita tidak akan mendapat conversion yang baik. Malah berapa lama jangka masa untuk anda memoptimisikan keyword yang sebegini. Sebulan? 2 bulan?. Kalau kita mampu berada di Top 50 adalah cukup baik dengan keyword yang terlalu general seperti ini. Tapi adakah berbaloi untuk kita menghabiskan masa yang lama untuk membuat optimization?INGAT, IM is about Money. Kalau kita gagal membuat conversion, maka tiada gunanya kedudukan Top 10. Jadi Bagaimana? Sila ke langkah 3
3. Kenalpasti permintaan
Kita perlu meletakkan diri kita sebagai penguna internet biasa yang mahu mencari sesuatu maklumat. Justeru kita harus berfikiran seperti mereka. Untuk menjadikan keyword kita lebih fokus,kita perlu mengabungkan beberapa keyword (long tail keyword) untuk menapis potensi user dari search engine iaitu mensasarakan kepada golongan yang benar-benar memerlukan service anda iaitu website design. Kita lihat contoh di bawah

dalam gambarajah di atas, kita mengabungkan keyword website design menjadi cheap website design. Semua orang nak murah kan? betul tak? Jadi dengan mengabungkan cheap website design, kita boleh terus mendapat traffic yang berkualiti iaitu sekitar 4000 traffik. Dengan membuat optimization dengan keyword seperti ini, peluang untuk mendapat convertion yang baik adalah cerah kerana kita lebih fokus kepada apa yang orang nak.
4. menjalankan Proses SEO
Seterusnya, anda boleh lah menjalankan kerja-kerja seo anda selepas langkan 1-2-3 tadi telah dijalankan.
Peluang Perniagaan Internet
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ramai dikalangan kita pada hari ini tercari-cari bagaimana hendak membuat duit di internet. Pada saya Peluang untuk membuat duit di internet boleh diketegorikan kepada 2 cabang utama iaitu.
1. Melakukan perniagaan internet
2. Mengikuti program membuat duit di internet
Melakukan perniagaan internet
Melakukan perniagaan internet adalah proses yang dilakukan untk menjual sendiri product/service anda dan menjadikan internet sebagai medium perantaraan. Ini termasukklah dengan menjual ebook mahupun produk fizikal.

Dalam menjalankan proses menjual barangan di internet, anda perlu memahami proses untuk mendapat traffik. Salah satu cara yang paling mudah dan percuma untuk mendapat trafik adalah dengan memahami traffic dari Search Engine seperti Google.

2. Mengikuti program membuat duit di internet
mengikuti program-progam membuat duit di internet adalah progam yang membayar anda dengan melakukan sesuatu. Sebagai contoh, Google adsense. Google adsense adalah satu program yang dilakukan untuk memberi ruangan di website/blog anda kepada google untuk pengiklanan. Anda akan dibayar berdasarkan nilai dan jumlah klik yang di dapati di website/blog anda.
selamat mencuba.
Rancangan dan Peluang Perniagaan Internet : Usahawan Internet
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda salah satu ebook yang telah saya baca iaitu ebook mengenai rancangan Perniagaan Internet - usahawan internet. Saya amat jarang sekali membeli ebook di internet kerana saya yakin ada banyak maklumat yang ada di internet adalah percuma dan ia bergantung atas usaha daya kita sendiri untuk membelinya. Walaubagaimanapun, dalam kes ebook saudara Shuth ini, saya merasa terpanggil untuk membelinya. Ada beberapa fakor yang mendorong saya berbuat demikian antaranya adalah kejayaan beliau di dalam mewujudkan satu forum yang begitu popular di kalangan IM .
Berikut adalah pandangan saya secara peribadi.
1. Harga
Pada saya harga yang diberikan oleh saudara Shuth amatlah berpatutan dan mampu milik.
2. Kandungan
Dari segi kandungan, ia adalah "tutorial" yang amat lengkap bagi sesiapa sahaja yang ingin memasarkan perniagaan fizikal di internet. Anda akan diterangkan secara terperinci tentang apa yang perlu dilakukan daripada proses mengenal pasti produk yang hendak dijual sampailah ke peringkat pembungkusan dan penghantaran.
sekiaranya anda masih tercari-cari mengenai produk apa yang hendak dijual, anda tidak perlu risau kerana perbincangan mengenai produk yang hendak dijual ada dibincangkan oleh saudara shuth. Apa yang perlu anda buat adalah membaca "tutorial" tersebut dan mengikutinya langkah demi langkah.
Dapatkannya sekarang sebelum harga ebook ini dinaikkan.
Panduan Belajar SEO
Assalamualaikum,
Sudah lama blog ini tidak saya update malah post yang terakhir yang saya lakukan adalah pada 20 haribulan Ogos 2008 lepas..Ya, memang agak lama blog ini tidak di update. Kebanyakkan masa telah saya gunakan untuk mengikuti beberapa pertandingan SEO yang sememangnya banyak mengambil masa online saya. Malah kesannya tempias kepada blog ini juga apabila ia sudah lama tidak di update.
Perkembangan terbaru saya adalah mengenai ebook yang kedua yang saya keluarkan iaitu Panduan Belajar SEO cara Inspiration. ebook ini sebenarnya adalah kompilasi segala teknik yang telah saya gunakan di dalam beberapa cabaran SEO yang telah di jalankan. Saya tidak pernah menganggap bahawa saya adalah seorang pakar SEO. Apa yang saya buat seharian adalah mengkaji dan menulis setiap langkah yang telah di jalankan dan mengikuti langkah tersebut setiap kali ada project baru yang melibatkan optimization. Alhamdulilah, buat masa ini, procedure dan teknik yang telah saya gunakan masih berkesan. Memang di akui Google akan sentiasa mengubah algorithm mereka dan ebook ini adalah kompilasi teknik yang telah saya gunakan berdasarkan algorthim yang diguna pakai oleh google pada masa tersebut. Saya Yakin, asas SEO yang saya tulis di dalam ebook ini masih lagi relevant pada masa sekarang.






















